Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2016. Tidak lama lagi, kita akan melangkah ke tahun baru 2016. Semestinya kita inginkan sesuatu yang lebih terbaik dari sebelum ini bukan? Tahun 2015 mungkin menjadi tahun yang amat bermakna bagi sahabat semua dan mungkin menjadi tahun yang amat mencabar.

Ujian daripada-Nya pasti ada hikmah di sebaliknya. Insya-Allah. Buat sahabat yang ingin mengetahui Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Januari 2016, silakan save gambar di bawah.

JADUAL KULIAH UAI JANUARI 2016


Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Januari 2016

Semoga bermanfaat.

Widget Countdown Timer Sempena Aidilfitri Blogspot

Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut perayaan Aildilfitri bagi tahun 2015 bersamaan 1436H. Bersempena kedatangan syawal ini, saya ingin menyediakan sebuah tutorial ringkas iaitu Widget Countdown Timer Sempena Aidilfitri.

Widget Countdown Timer Sempena Aidilfitri Blogspot


Bagi sahabat yang ingin menggunakan widget ini, boleh mengikuti langkah-langkah di bawah.

Cara Membuat Widget Countdown Timer Sempena Aidilfitri Blogspot

  1. Login ke laman blogger anda.
  2. Klik pada layouts
  3. Add a gadjet
  4. Klik pada HTML/JavaScript
  5. Copy dan Paste kod di bawah ini, save dan lihat hasilnya.

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan Jun 2015

Assalamuallaikum wbt..

Alhamdulillah, jadual kuliah UAI telah dikeluarkan untuk bulan 6, 2015. Tidak lagi lama lagi, Insya-Allah kita akan memasuki bulan Ramadhan. Insya-Allah.


Sumber: FB Ustaz Azhar Idrus ( Original )
Silakan share :)

Hukum Wanita Menyanyi Lagu Kun Anta

Sedang skrol-skrol di laman fb official Ustaz Azhar Idrus, terlihat ada seorang saudara kita bertanya mengenai persoalan perempuan menyanyikan lagu seperti "Kun Anta" dengan menggunakan alat muzik contohnya gitar. Alunan suara yang dilenggokkan secara berlebihan. 

Hukum Wanita Menyanyikan Lagu Kun Anta

Tidak kira apa sahaja lagu yang dinyanyikan, jika menaikkan ghairah dalam kalangan ajnabi tetap menjadi satu kesalahan dan elakkanlah. Nyanyikan kepada suami atau di depan ajnabi kita sahaja lebih elok bagi mengelakkan fitnah dan pandangan serong daripada pendengar. Apa pandangan UAI mengenai persoalan ini:

Hukum Wanita Menyanyikan Lagu Kun Anta

Islam amat menjaga maruah wanita dari pelbagai sudut, mahupun dari segi pemakaian, percakapan, pergaulan dan sebagainya. Panduan dalam menutup aurat juga telah digariskan dengan amat terperinci sekali. Perintah Allah kepada para wanita supaya menutup aurat pasti ada hikmahnya. Usah berkata panas atau kuno, kerana Allah Maha Mengetahui akan kejadian makhluknya. Pandangan lelaki amat merbahaya kepada seorang wanita. 

Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga ingin mengetahui mengenai persoalan ini. Wallahualam :)

Sumber hukum: FB Official UAI

Jam Air Berbentuk Gajah

Jam buatan al-Jazari (IBNU ISMAIL AL-JAZARI) mampu menghasilkan suara. Dalam manuskrip al-Jazari, jam itu merupakan jam terawal yang menggunakan flow regulator, sebuah sistem tutup-lubang dan sebuah otomaton seperti sebuah jam burung.
Jam ini menggunakan sebuah robot manusia (humanoid) yang membentur gembreng dan sebuah robot burung mekanik secara automatik bersiul.

Jam Air Berbentuk Gajah

Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari (1136–1206), terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.

Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.
Selain daripada inovasi mekanikalnya, jam ini sendiri dilihat sebagai suatu contoh awal kepelbagaian budaya diwakili dalam teknologi. Gajah mewakili budaya India dan Afrika, naga mewakili budaya Cina, phoenix mewakili budaya Mesir Purba, kerja air mewakili budaya Yunani Purba, dan serban mewakili kebudayaan Islam.

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian ialah Negara Turki.

Tahniah Turki...

Hingga ke peringkat global mengetahui bahawa Turki kini merupakan negara yang telah menerima sejumlah pelarian yang terbesar di dunia.

Hampir 2 juta orang pelarian Syria kini ditempatkan di Turki dan kerajaan Turki telah mengeluarkan perbelanjaan berbilion dolar AS bagi meringankan bebanan rakyat Syria yang terpaksa menyelamatkan diri mereka daripada peperangan yang berlarutan di Syria sejak Mac 2011.

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian

Negara Paling Ramai Menerima Pelarian


Semoga lebih banyak lagi negara antarabangsa terutamanya dalam kalangan negara Arab dan negara umat ISLAM untuk berbuat demikian.

Sama-sama kita mengambil iktibar daripada perjuangan murni kerajaan Turki ini. InsyaAllah. Silakan share, mungkin masih ramai yang tidak tahu Turki merupakan sebuah negara Islam Paling Ramai Menerima Pelarian. Wallahulam.

Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin, AlAkhbar English

Hukum Memecahkan Dara Wanita

Hukum Memecahkan Dara Wanita

Bagi masyarakat Melayu, kehormatan dan kesucian wanita amat dititikberatkan untuk penghargaan bagi si suami yang sah. Islam juga amat memelihara wanita daripada dipandang oleh lelaki ajnabi akan aurat mereka bagi mengelakkan fitnah dan pelbagai lagi perkara negatif lain.

Hukum Memecahkan Dara Wanita

Namun, kebelakangan ini, bagaikan sudah menjadi kebiasaan di dalam komuniti kita, wanita dan lelaki bergaul, bersentuhan tanpa segan silu sehingga menaikkan shahwat dan mengundang kepada perkara yang lebih teruk.

Hubungan yang tidak sah ini turut mengundang kepada berlakunya seks bebas yang turut meragut kesucian wanita itu sendiri. Mungkin ada yang tertanya-tanya, memang berdosa melakukan hubungan ini sebelum berkahwin, tetapi apakah hukum lelaki memecahkan dara wanita?

Persoalan ini telah diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus di laman Facebook Page beliau, jom lihat apa jawapan UAI mengenai kekeliruan ini.

Hukum Memecahkan Dara Wanita

Diharapkan huraian daripada UAI ini dapat merungkaikan apa yang bermain di fikiran kita selama ini.

Silakan share kepada rakan-rakan, mungkin mereka juga sedang mencari jawapan bagi persoalan di atas :)

Sumber soal jawab: Koleksi Printscreen Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus ( Original )

Adakah Tariqat Naqsyabandi Haram?

Apa kata Ustaz Azhar Idrus:

Betul ke tariqat naqsyabandi difatwakan haram? 

UAI: Apa tujuan sibuk duk cakap bab tariqat ni? Sebab nok lari dari isu GST, betul dok? Kite hok bodo giler berite ni rele jugok gi gaduh nak share, jangan gaduh, sebut naqsbandi ni ade banyak, ade tariqat nasqbandi yang muktabar, ade tariqat nasqbandi yang mengarut kemungkinan betul jika jakim fatwa sesat, kerana banyok jenis, jangan kite pukul locong kate tariqat ni sesat belaka, tapi oleh kerana kite bodo jadilah makanang org cerdik, edit gambar tu puok wahabi buat jangan cayye lah, hok buh gambar syeikh nuruddin tu ngarut tu serangan puok wahhabi jangan gi share plok sebab ade gerakan yang nak jatuhkan institusi ulamak muktabar.

Adakah Tariqat Naqsyabandi Haram?

Apakah puak yahanana ni sesat?

UAI: dok bulih kate sesat, kite tgk gmbr saja dokleh nok buat hukum lagi, yahanana ni puok2 yg selalu berqasidah kite takleh kata dia sesat, sbb bukan jenis joget ngarut gitu, mereka berqasidah je kan, qasidah qasidah lah bukan mesti sesat, yg sesat sesat lah, patutnye yg sibuk sekarang ni biarlah jakim yg uruskan, jakim tak kata nasqbandi sesat, sbb nasqbandi ni banyok dan ade nasqbandi yg muktabar, ade name lain pulok dibelakang seperti nasqbandi aliya'. Jangan gaduh, mcm ahli sunnah jugok, hok molek hok beramal soleh lah ade, ade jgk ahli sunnoh yg togok arok kelab malam di KL nung. Org tolok hudud kite dok kate plok sesat?

Adakah Tariqat Naqsyabandi Haram?


P/S: Jika ada Bahasa Terengganu yang tidak difahami, boleh komen. Saya akan terangkan. Insya-Allah :)